Patrice Lumumba
From Wikipedia, the free encyclopedia
Patrice Émery Lumumba (2 Julai 1925 - 17 Januari 1961) adalah seorang ahli politik dan pemimpin kemerdekaan Kongo yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri pertama Republik Demokratik Congo yang merdeka dari bulan Jun hingga September 1960. Patrice memainkan peranan penting dalam transformasi Kongo dari koloni Belgium ke sebuah republik bebas. Beliau berpegang kepada ideologinya nasionalisme Afrika dan Pan-Africanist memimpin parti Kongres Gerakan Nasional (MNC) dari 1958 sehingga pembunuhannya.[1]
Patrice Lumumba | |
---|---|
Perdana Menteri R.D. Congo Pertama | |
Dalam jawatan 24 Jun 1960 – 5 September 1960 | |
Presiden | Joseph Kasa-Vubu |
Timbalan | Antoine Gizenga |
Didahului oleh | jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Joseph Iléo |
Menteri Pertahanan R.D. Congo | |
Dalam jawatan 24 Jun 1960 – 5 September 1960 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Élias Okit'Asombo 2 Julai 1925 Katakokombe, Congo Belgium (kini R. D. Congo) |
Meninggal dunia | 17 Januari 1961 (berusia 35) Berhampiran Élisabethville, Katanga (kini Lubumbashi, Republik Demokratik Congo) |
Sebab kematian | Dihukum tembak mati |
Parti politik | Pergerakan Kebangsaan Congo |
Tidak lama selepas kemerdekaan Kongo pada tahun 1960, satu pemberontakan meletus di tentera, menandakan permulaan krisis Congo. Lumumba memohon pertolongan kepada Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu menumpaskan pemberontak Katanga yang diberi sokongan oleh Belgium. Keengganan kedua-dua pihak memaksa Lumumba berpaling meminta bantuan Kesatuan Soviet saat gentingnya antara kedua-dua kuasa besar ini dalam Perang Dingin.[2] Hal ini membawa kepada perbezaan yang semakin meningkat dengan Presiden Joseph Kasa-Vubu dan ketua pegawai Joseph-Désiré Mobutu yang menjejaskan keadaan politik di negara tersebut yang berlarutan.
Beliau terkorban semasa Krisis Congo setelah dikepung dan dibunuh orang-orang penyokong Mobutu. Kematiannya diingati sebagai suatu kemartiran untuk negara R. D. Congo dan gerakan pan-Afrikanisme secara keseluruhannya.