Pasukan bola sepak kebangsaan Iceland
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pasukan bola sepak kebangsaan Iceland (Iceland: Íslenska karlalandsliðið í knattspyrnucode: is is deprecated ) adalah pasukan bola sepak lelaki negara Iceland dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Iceland.[6]
Gelaran | Strákarnir okkar (Our boys) | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Knattspyrnusamband Íslands (KSÍ) | ||
Konfederasi | UEFA (Eropah) | ||
Ketua jurulatih | Heimir Hallgrímsson | ||
Penolong jurulatih | Kosong | ||
Kapten | Aron Gunnarsson | ||
Kaps terbanyak | Rúnar Kristinsson (104) | ||
Penjaring terbanyak | Eiður Guðjohnsen (26) | ||
Stadium tuan rumah | Laugardalsvöllur | ||
Kod FIFA | ISL | ||
Kedudukan FIFA | 72 ▲ 1 (4 April 2024)[1] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 23 (Julai 2015, September–Oktober 2015) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 131 (April–Jun 2012) | ||
Kedudukan Elo | 88 ▼ 18 (27 November 2023)[2] | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 35 (5 September 2015) | ||
Kedudukan terendah Elo | 128 (Ogos 1973) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Tidak Rasmi: Kepulauan Faroe 0–1 Iceland (Kepulauan Faroe; 29 Julai 1930)[3] Rasmi: Iceland 0–3 Denmark (Reykjavík, Iceland; 17 Julai 1946)[4] | |||
Kemenangan terbesar | |||
Tidak Rasmi: Iceland 9–0 Kepulauan Faroe (Keflavík, Iceland; 10 Julai 1985) Rasmi: Iceland 5–0 Malta (Reykjavík, Iceland; 27 Julai 2000)[5] | |||
Kekalahan terbesar | |||
Denmark 14–2 Iceland (Copenhagen, Denmark; 23 Ogos 1967) | |||
Piala Dunia | |||
Kemunculan | 1 (Kali pertama pada 2018) | ||
Keputusan terbaik | Pusingan 1 (2018) | ||
Kejohanan Bola Sepak Eropah | |||
Kemunculan | 1 (Kali pertama pada 2016) | ||
Keputusan terbaik | Suku Akhir (2016) |
Walaupun dalam sejarah mereka merupakan salah satu dari pasukan kerdil Eropah, Iceland telah menikmati lebih banyak kejayaan sejak akhir abad ke-20. Dalam kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2014, Iceland sampai ke play-off sebelum tewas kepada Croatia. Iceland mencapai kejohanan utama yang pertama, UEFA Euro 2016, selepas kempen kelayakan termasuk menang tempat sendiri dan tempat lawan ke atas Belanda.
Dalam perlawanan persahabatan menentang Estonia pada 24 April 1996 di Tallinn, Eidur Gudjohnsen yang dimasukkan sebagai pemain gantian telah menggantikan bapanya Arnor. Ini menandakan kali pertama seorang bapa dan anak bermain dalam perlawanan antarabangsa yang sama.