Parque Nacional
From Wikipedia, the free encyclopedia
Parque Nacional merupakan taman yang terletak di bukit timur Bogotá, berdekatan kawasan timur laut Santa Fe. Perasmian taman ini berlangsung pada 6 Ogos 1934. Presiden Enrique Olaya Herrera menghadiri perasmian ini dan merupakan salah 1 penganjurnya yang penting.[1] Tempat ini sangat penuh dengan warisan dan adat, dan kini menjadi sebahagian daripada gambaran bandar ini. Tempat ini diisytiharkan sebagai Tugu Negara Colombia pada 26 September 1996.