Osaka
From Wikipedia, the free encyclopedia
Osaka (大阪市code: ja is deprecated , Ōsaka-shi) listen (bantuan·maklumat) merupakan ibu negeri kepada wilayah Osaka, Jepun. Osaka mempunyai populasi seramai 2.7 juta penduduk dan merupakan bandar dengan populasi kedua terbesar di Jepun selepas bandar Tokyo pada siang hari. Pada waktu malam, ia menjadi bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Ia terletak di kawasan Kansai di pulau utama Honshu, di hilir sungai Yodo di Pantai Osaka.
Fakta Segera 大阪市, Negara ...
Osaka
大阪市 | |
---|---|
City of Osaka (Bandar Osaka) | |
Koordinat: 34°41′38″N 135°30′8″E | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Kansai |
Wilayah | Osaka |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Hirofumi Yoshimura |
Keluasan | |
• Jumlah | 222.1 km2 (85.8 batu persegi) |
Penduduk (Oktober 2017) | |
• Jumlah | 2,713,157 [1] |
Laman sesawang | Bandar Osaka |
Tutup
Osaka merupakan bandar komersial bersejarah di Jepun dan ia masih lagi merupakan salah satu pusat industri utama dan perlabukan di Jepun, dikenali sebagai jantung kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto, di mana mempunyai populasi seramai 17,510,000 orang penduduk.