Orang Melayu Palembang
Suku melayu yang berasal dari Palembang di Sumatera / From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Melayu Palembang (bahasa Melayu Palembang: Uwong Pelémbang Jawi: ملايو ڤلامبڠcode: ms is deprecated ) [3] atau Suku Palembang ialah sebuah suku Melayu di Indonesia yang mempunyai asal-usul daripada wilayah Palembang yang berada di Sumatera Selatan. Sebanyak dalam anggaran 4 juta orang yang beretnik Melayu Palembang yang tinggal di Sumatera Selatan, Lampung dan kawasan-kawasan lain di Indonesia.[4][5][6] Suku Melayu Palembang telah menganuti unsur dari pelbagai budaya bangsa seperti Arab, Cina, India dan Jawa kerana dahulu kala Palembang merupakan tempat pusat perdagangan antarbangsa, sehingga Palembang menghasilkan budaya dan bahasa yang unik. Bahasa Melayu Palembang sendiri memiliki dua ragam bahasa yaitu Baso Palembang Alus dan Baso Palembang Sari-Sari.
Uwong Pelémbang أووڠ ڤليمباڠ | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
± 3,800,000[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Indonesia (Sumatera Selatan) Malaysia Singapura Brunei Belanda United Kingdom Perancis Suriname Amerika Syarikat | |
Kawasan pentadbiran | |
Palembang[2] | 4,000,000 |
Bahasa | |
| |
Agama | |
Meski sebahagian menganggap suku Melayu Palembang adalah bahagian dari subetnik Melayu, namun Bancian Penduduk Indonesia 2010 yang mengkategorikan suku Melayu Palembang sebagai bahagian dari Melayu, dan jauh sebelum itu, sensus Hindia Belanda tahun 1930 juga yang mengkategorikan suku Melayu Palembang sebagai bahagian dari Melayu.[7]