Nombor telefon kecemasan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Di kebanyakan negara, rangkaian telefon beralih awam mempunyai nombor telefon kecemasan tunggal (kadang-kadang dikenali sebagai nombor telefon kecemasan sejagat atau nombor perkhidmatan kecemasan) yang membolehkan pemanggil menghubungi perkhidmatan kecemasan tempatan untuk mendapatkan bantuan. Nombor kecemasan berbeza dari negara ke negara; ia biasanya nombor tiga angka supaya ia dapat dengan mudah diingati dan didail dengan cepat. Sesetengah negara mempunyai nombor kecemasan yang berbeza untuk setiap perkhidmatan kecemasan yang berlainan; ini sering kali hanya berbeza dengan digit terakhir.