Morgan Tsvangirai
From Wikipedia, the free encyclopedia
Morgan Richard Tsvangirai (IPA bahasa Shona /ts͡ɸaŋgiˈra.i/), 10 Mac 1952 – 14 Februari 2018) ialah Perdana Menteri Zimbabwe dari tahun 2009 hingga 2013.
Morgan Tsvangirai | |
---|---|
Perdana Menteri Zimbabwe ke-2 | |
Dalam jawatan 15 Februari 2009 – 11 September 2013 | |
Presiden | Robert Mugabe |
Timbalan | Thokozani Khuphe Arthur Mutambara |
Didahului oleh | Robert Mugabe (1987) |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Presiden Pergerakan untuk Perubahan Demokratik | |
Dalam jawatan 30 September 1999 – 14 Februari 2018 | |
Didahului oleh | Gibson Sibanda |
Digantikan oleh | Nelson Chamisa (pemangku) |
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Zimbabwe | |
Dalam jawatan 10 Mei 1987 – 30 September 1999 | |
Didahului oleh | Masotsha Ndhlovu |
Digantikan oleh | Wellington Chibebe |
Butiran peribadi | |
Lahir | Morgan Richard Tsvangirai (1952-03-10)10 Mac 1952 Gutu, Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe) |
Meninggal dunia | 14 Februari 2018(2018-02-14) (umur 65) Johannesburg, Afrika Selatan |
Parti politik | Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (sebelum 1987) ZANU-PF (1987–1999) Pergerakan untuk Perubahan Demokratik (1999–2005) Pergerakan untuk Perubahan Demokratik-Tsvangirai (2005–kini) |
Pasangan | Susan Mhundwa (k. 1978; her death 2009) Elizabeth Macheka (k. 2011) |
Anak-anak | 7 |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Laman sesawang pemerintah Laman sesawang parti |
Beliau juga Presiden Pergerakan untuk Perubahan Demokratik (MDC), iaitu parti yang meraih majoriti di parlimen Zimbabwe[1], dan juga pembangkang utama terhadap presiden Zimbabwe, Robert Mugabe. Beliau bertanding pusingan pertama pilihan raya presiden 2008, dan meraih 47.8% undian seperti yang diumumkan kerajaan Mugabe, maka meletakkannya di hadapan Mugabe yang meraih 43.2%, tetapi tidak memadai untuk meraih majoriti mudah yang ditetapkan undang-undang Zimbabwe.
Parti MDC Tsvangirai mengaku bahawa, dari kiraan mereka sendiri mereka sudah meraih majoriti mudah, serta mendakwa keputusan sebenar mungkin diubah-ubah bila-bila dari waktu pilihanraya hingga laporan keputusan rasmi.[2] Mula-mulanya Tsvangirai hendak bertanding dalam pusingan kedua menentang Mugabe, tetapi menarik diri di saat akhir kerana mendakwa pilihan raya tidak akan dijalankan dengan adil akibat keganasan dan penindasan berleluasa oleh penyokong kerajaan.