Mikoyan-Gurevich MiG-15
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mikoyan-Gurevich MiG-15 (Rusia: Микоян и Гуревич МиГ-15code: ru is deprecated ) adalah sebuah pesawat pejuang berkuasa jet yang dibangunkan untuk Kesatuan Soviet oleh Artem Mikoyan dan Mikhail Gurevich. MiG-15 merupakan salah satu pesawat pejuang yang menggunakan rekabentuk sayapsapu dengan jayanya. MiG-15 telah digunakan secara meluas dan terkenal semasa Perang Korea, di mana pada awal perang, ia berjaya mengatasi kesemua pesawat musuh. MiG-15 juga digunakan sebagai asas bagi membangunkan pesawat MiG-17 yang lebih maju yang mana akan menentang pesawat Amerika Syarikat di ruang udara Vietnam Utara pada tahun 1960-an. MiG-15 dipercayai merupakan salah satu pesawat jet yang paling banyak dikeluarkan, dengan lebih 12,000 buah. Pengeluaran secara berlesen di luar negara mungkin melebihi 18,000 buah.[1] Mig-15 sering kali dibandingkan bersama dengan pesawat F-86 Sabre di dalam senarai pesawat pejuang terbaik di dalam Perang Korea dan dibandingkan dengan pesawat pada era yang ain.[2]
MiG-15 MiG-15UTI | |
---|---|
MiG-15 milik Tentera Udara Soviet pada tahun 2017 | |
Peranan | Fighter |
Pengeluar | Mikoyan-Gurevich |
Penerbangan pertama | 30 Disember 1947 |
Diperkenalkan | 1949 |
Status | Digunakan sebagai pesawat latihan |
Syarikat penerbangan utama | Tentera Udara Soviet Pasukan Udara Tentera Pembebasan Rakyat Tentera Udara Korea Utara 41 buah negara-negara lain |
Jumlah dibina | ~12,000 + ~6,000 secara berlesen |
Dibangunkan dari | Mikoyan-Gurevich |
Variasi | MiG-17 |