Messerschmitt Bf 109
From Wikipedia, the free encyclopedia
Messerschmitt Bf 109 merupakan sebuah pesawat pejuang Jerman yang digunakan semasa Perang Dunia II. Pesawat ini telah direka oleh Willy Messerschmitt pada awal tahun 1930-an. Ia merupakan salah sebuah pesawat pejuang yang benar-benar moden pada era itu, yang mana memiliki ciri-ciri seperti bahan binaannya keseluruhannya daripada logam monocoque, kanopi tertutup, dan giar pendaratan yang boleh ditarik masuk semula. Bf 109 telah dikeluarkan dalam jumlah yang besar berbanding dengan mana-mana pesawat pejuang dalam sejarah, dengan sejumlah 33,984 buah pesawat telah dihasilkan sehingga April 1945.[1] Jumlah pengeluarannya adalah sebanyak 47% dari jumlah keseluruhan pengeluaran pesawat Jerman, manakala jumlah pesawat Bf 109 adalah sebanyak 57% berbanding jumlah keseluruhan pesawat pejuang Jerman yang dikeluarkan.[2] Sejumlah 2,193 buah pesawat Bf 109 A-E telah dibina sebelum perang, dari 1936 sehingga Ogos 1939. Kira-kira 1,000 buah pesawat terbitan daripada Bf 109 telah dikeluarkan secara berlesen selepas perang seperti Avia S-99 & S-199s (buatan Czechoslovakia) dan Hispano Aviación HA-1109 dan HA-1112 Buchon (buatan Sepanyol).
Bf 109 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pejuang |
Pengeluar | Bayerische Flugzeugwerke Messerschmitt |
Direka oleh | Willy Messerschmitt |
Penerbangan sulung | 28 Mei 1935 |
Diperkenalkan | 1937 |
Dihentikan | 1945, Luftwaffe 1965, Sepanyol |
Status | Dibersarakan |
Pengguna utama | Luftwaffe Tentera Udara Hungary Aeronautica Nazionale Repubblicana Forţele Aeriene Regale ale României |
Jumlah dibina | lebih daripada 33,000 |
Kelainan | Avia S-99/S-199 Hispano Aviacion Ha 1112 |