Mean Girls
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mean Girls ialah sebuah filem komedi/drama remaja Amerika Syarikat lakonan Lindsay Lohan, Rachel McAdams dan Jonathan Bennett, dan dikeluarkan oleh Paramount Pictures pada 2004. Ia ditulis oleh Tina Fey dan diarahkan oleh Mark Waters. Ia berdasarkan buku Rosalind Wiseman “Queen Bees And Wannabees” tentang budaya “clique” (klik) di kalangan remaja perempuan di sekolah menengah yang melampaui batas. Topik filem ini agak serius dan dramatik, tetapi Tina Fey menyelitkan unsur-unsur komedi dalam filem ini.
Mean Girls | |
---|---|
Pengarah | Mark Waters |
Lakon layar | Tina Fey |
Berdasarkan | Queen Bees and Wannabes oleh Rosalind Wiseman |
Dihasilkan oleh | Lorne Michaels |
Dibintangi | Lindsay Lohan Rachel McAdams Lizzy Caplan Lacey Chabert Amanda Seyfried Tina Fey |
Sinematografi | Daryn Okada |
Disunting oleh | Wendy Greene Bricmont |
Muzik oleh | Rolfe Kent |
Syarikat penerbitan | SNL Studios |
Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan | 30 April 2004 (2004-04-30) |
Masa tayangan | 96 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $17 juta[1] |
Pecah panggung | $129,042,871[1] |
Filem ini mendapat sambutan baik oleh penonton dan pengkritik, dan merupakan sebuah filem pecah panggung dengan pungutan $129, 042, 871 di seluruh dunia dan telah mencapai “cult status” sejak itu. Laman Pengkritik “Rotten Tomatoes” memberinya rating 83%.