Maximilian von Weichs
From Wikipedia, the free encyclopedia
Maximilian Maria Joseph Karl Gabriel Lamoral Reichsfreiherr[1] von und zu Weichs an der Glon (12 November 1881 – 27 September 1954) adalah seorang Fil Marsyal dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah beberapa ketumbukan dan kumpulan tentera darat, termasuk Tentera Darat Ke-2 semasa Operasi Barbarossa dan Kumpulan Tentera Darat B semasa Pertempuran Stalingrad pada 1943.
Fil Marsyal Reichsfreiherr Maximilian von Weichs | |
---|---|
Kelahiran | (1881-11-12)12 November 1881 Dessau |
Meninggal dunia | 27 September 1954(1954-09-27) (umur 72) Burg Rösberg near Bonn |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Heer |
Tahun perkhidmatan | 1900-1945 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Kavalri |
Arahan | Division 1 Panzer Kor XIII Tentera Darat Ke-2 Kumpulan Tentera Darat B Kumpulan Tentera Darat F |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross berserta Daun Oak Iron Cross |
Tandatangan |
Pada tahun 1944, Weichs memerintah Kumpulan Tentera Darat F di Balkan menyelia pengunduran Jerman daripada Greece dan sebahagian besar Yugoslavia. Semasa Perbicaraan Nuremberg, Weichs terlibat dalam jenayah perang dan dijadualkan mengambil bahagian dalam Perbicaraan Tebusan. Beliau telah dikeluarkan dari prosiding atas alasan kesihatan tanpa dihakimi atau dihukum.