Mars Polar Lander
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mars Polar Lander (Pendarat Kutub Marikh, juga dikenali sebagai Mars Surveyor '98 Lander, Pendarat Peninjau Marikh '98) ialah sebuah pendarat kapal angkasa lepas robotik berat 290 kilogram yang dilancar oleh NASA pada 3 Januari 1999 untuk mengkaji tanah dan iklim wilayah Planum Australe yang terletak pada kutub selatan Marikh. Kajian ini ialah sebahagian daripada misi peninjau Marikh '98. Walau bagaimanapun, pendarat ini gagal berhubung semuala dengan pusat kawalan Bumi pada 3 Disember 1999 selepas fasa penurunananya dijangkakan selesai. Ditetapkan bahawa penyebab kegagalan berkemungkinan besar berpunca daripada kegagalan mematikan enjin sebelum pendarat sampai ke permukaan Marikh, dan ini memyebabkan pesawat itu menghentam permukaan pada halaju tinggi.[1]