Marcos Pontes
angkasawan Brazil / From Wikipedia, the free encyclopedia
Marcos Cesar Pontes (lahir 11 Mac 1963) ialah seorang jurutera, penerbang dalam Angkatan Udara Brazil serta angkasawan Brazil. Beliau merupakan angkasawan pertama dari benua Amerika Selatan; beliau pada asalnya mengikuti program latihan NASA namun bertukar rancangan kepada Roskosmos berikutan masalah logisitik dihadapi dalam persetujuan Agensi Angkasa Brazil bersama NASA. Dalam Roskosmos ini jugalah beliau menaiki Soyuz TMA-8 menjalani program angkasawannya pada 30 Mac 2006.
Fakta Segera Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil, Presiden ...
Marcos Pontes | |
---|---|
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil | |
Memegang jawatan 1 Januari 2019 | |
Presiden | Jair Bolsonaro |
Didahului oleh | Gilberto Kassab |
Butiran peribadi | |
Lahir | Marcos Cesar Pontes (1963-03-11) 11 Mac 1963 (umur 61) Bauru, São Paulo, Brazil |
Parti politik | PSL (2018–kini) |
Sekutu gabungan politik lain | PSB (2013–2018) |
Pekerjaan | Penerbang pejuang, angkasawan |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Brazil |
Perkhidmatan/cawangan | Angkatan Udara Brazil |
Pangkat | Leftenan kolonel |
Status | Bersara[1] |
Kerjaya angkasa | |
Angkasawan NASA | |
Tempoh di angkasa | 9 hari 21 jam 17 minit [1] |
Pemilihan | 1998 NASA Group |
Misi | Soyuz TMA-8, Missão Centenário, Soyuz TMA-7 |
Lambang misi | |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Kejuruteraan sistem |
Tesis | Polarization effects on infrared target contrast (1989) |
Penasihat akademik | Alfred W. Cooper, David D. Cleary (tesis) |
Laman web rasmi | www |
Tutup
Beliau menerima calonan jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi oleh Jair Bolsonaro berikutan kemenangan Jair diundi sebagai Presiden Brazil pada tahun 2018.[2][3]