Maharaja Kuning
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Huangdi" dilencongkan ke sini. Untuk gelaran pemerintah China kuno (皇帝, Huángdì), lihat Maharaja China. Untuk maharaja pertama Dinasti Qin, lihat Shi Huangdi.
Maharaja Kuning atau Huangdi1 ialah seorang pemerintah dan wira budaya legenda Cina[3] yang tergolong di kalangan Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja.[4] Mengikut kisah turun-temurun, baginda memerintah pada tahun 2697–2597 SM[5] atau 2696–2598 SM.[2] Pendewaan baginda menyerlah pada akhir Zaman Negeri-Negeri Berperang dan awal zaman Dinasti Han, apabila baginda diceritakan sebagai pengasas sebuah negara berpusat, penaung seni esoterik, pemerintah kosmos, dan juga raja dunia ghaib. Maharaja Kuning juga dipercayai telah menyumbangkan pelbagai ciptaan dan inovasi,[6] dan juga dianggap sebagai pengasas tamadun Cina[7] serta leluhur kepada seluruh kaum Cina Huaxia.[8]
Maharaja Kuning 黃帝 | |
Nama leluhur (姓): | Gōngsūn (公孫)[1] |
Nama diberi (名): | Xuānyuán (軒轅)[1] |
Salah seorang daripada Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja | |
Tarikh pemerintahan: | 2696–2598 SM[2] |
Tarikh adalah dalam kalendar Julian |
Fakta Segera Huangdi, Tulisan Cina Tradisional ...
Huangdi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 黃帝code: zh is deprecated | ||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 黄帝code: zh is deprecated | ||||||||||||
Maksud harfiah | Maharaja Kuning | ||||||||||||
| |||||||||||||
Tutup
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |