Métis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Métis (disebut [meɪˈtiː, méi.ti]) ialah masyarakat peribumi yang wujud di benua Amerika Utara – terutamanya kawasan sekitar Tasik-Tasik Besar dan Banjaran Rocky – hasil perkahwinan campur antara orang-orang bangsa Eropah dan orang-orang asal menduduki benua tersebut (misalnya suku-suku dalam Bangsa-Bangsa Pertama di kawasan rangkuman Kanada moden) Perkahwinan campur ini berlaku hasil pertembungan kedua-dua orang ini hasil kegiatan perdagangan bulu yang wujud sesama mereka mahupun ketika orang Eropah mula-mula menduduki benua Amerika ini. Namun, pertembungan budaya yang melahirkan bangsa ini turut mewujudkan budaya tersendiri diamalkan masyarakat tersebut.
Masyarakat ini banyak menduduki negara Kanada dengan populasi sebanyak 587,545 orang (setakat 2016),[1] namun terdapat juga sebilangan puak sama yang wujud di Amerika Syarikat.[2]