Banjaran Rocky
From Wikipedia, the free encyclopedia
Banjaran Rocky atau Pergunungan Rocky (Jawi: بنجرن روكي; bahasa Inggeris: Rocky Mountains), juga dikenali sebagai Rockies, merupakan sistem banjaran gunung yang terbesar di benua Amerika Utara. Pergunungan Rocky mengunjurkan lebih dari 3,000 batu (4,800 km) dari bahagian utara wilayah British Columbia, di barat Kanada hingga ke utara negeri New Mexico, di barat daya Amerika Syarikat. Dalam Kordilera Amerika Utara, Banjaran Rocky adalah agak berbeza daripada Banjaran Pantai Pasifik dan Banjaran Cascade dan Sierra Nevada mana kesemuanya terletak lebih ke barat.
Banjaran Rocky | |
---|---|
the Rockies (en), les Rocheuses (fr), Montañas Rocosas, Rocallosas (es) | |
Titik tertinggi | |
Puncak | Gunung Elbert (Colorado, Amerika Syarikat) |
Ketinggian | 14,440 ka (4,400 m) |
Dimensi | |
Panjang | 3,000 bt (4,800 km) |
Geografi | |
Negara | Kanada and Amerika Syarikat |
Negeri/Wilayah | |
Induk banjaran | Kordilera Amerika Utara |
Geologi | |
Usia batuan | Zaman Prakambria and Zaman Batu Kapur |
Jenis batuan | Igneus, Enap and Metamorf |
Pergunungan Rocky pada asalnya dibentuk 80 juta ke 55 juta tahun lalu semasa orogeni Laramid, di mana beberapa plat mula meluncur ke bawah plat Amerika Utara. Sudut benam adalah cetek, menyebabkan jalur luas gunung bergerak ke barat Amerika Utara. Sejak itu, aktiviti tektonik lanjutan dan hakisan oleh glasier telah menghakis banjaran ini, menghasilkan banyak puncak dan lembah. Pada akhir Zaman Ais yang lalu, manusia mula mendiami pergunungan itu. Selepas orang Eropah, seperti Sir Alexander Mackenzie dan orang Amerika, seperti ekspedisi Lewis dan Clark mula meneroka banjaran, hasil mineral dan bulu memacu eksploitasi awal ekonomi pergunungan itu, walaupun banjaran itu sendiri tidak pernah padat dengan penduduk.
Pada masa ini, kebanyakan kawasan di banjaran gunung ini dilindungi oleh taman-taman awam dan kawasan hutan, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular, terutama untuk perkhemahan, pendakian gunung, memancing, memburu, berbasikal gunung, ski, adan meluncur papan salji.