Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer
Pengorbit qamari. / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal angkasa lepas Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (LADEE)[7]) (Pengembara Atmosfera dan Persekitaran Habuk Qamari) ialah sebuah misi pengembaraan qamari dan demonstrasi teknologi yang diketuai Pusat Penyelidikan Ames NASA dengan kerjasama Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard. Ia dilancarkan dengan menggunakan roket Minotaur V dari Mid-Atlantic Regional Spaceport pada 7 September 2013.[8] Sepanjang misinya selama tujuh bulan, LADEE mengorbit mengelilingi khatulistiwa Bulan dan menggunakan peralatannya bagi mengkaji eksosfera qamari dan habuk yang terdapat dekat dengan Bulan. Peralatan-peralatan yang digunakan termasuk pengesan habuk, spektrometer jisim neutral, spektrometer ultraungu boleh lihat dan juga sebuah demonstrasi teknologi, iaitu sebuah terminal komunikasi laser (lasercomm).[9] Misi ini berakhir pada 18 April 2014, apabila pengawal kapal angkasa ini dengan sengaja menjatuhkan LADEE ke sisi jauh Bulan.[10][11]
Jenis misi | Penyelidikan atmosfera qamari |
---|---|
Pengoperasi | NASA |
COSPAR ID | 2013-047A |
SATCAT № | 39246 |
Tapak web | Laman web LADEE |
Jangka masa misi | Misi utama: 100 hari Misi dilanjutkan: 28 hari Masa sejak pelancaran: 223 hari |
Ciri kapal angkasa lepas | |
Bas | MCSB |
Pembuat | Pusat Penyelidikan Ames |
Berat berlepas | 383 kg (844 lb)[1] |
Berat kering | 248.2 kg (547 lb)[2] |
Berat muatan | 49.6 kg (109 lb)[2] |
Dimensi | 1.85×1.85×2.37 m (6.1×6.1×7.8 ka)[2] |
Kuasa | 295 watt[2] |
Permulaan misi | |
Tarikh pelancaran | 7 September 2013, 03:27 (2013-09-07UTC03:27Z) UTC[3] |
Roket | Minotaur V Flight 1 |
Tapak pelancaran | MARS LP-0B |
Kontraktor | Orbital Sciences Corporation[2] |
Pengakhiran misi | |
Telah dibuang | Keluar orbit |
Tarikh pereputan | 18 April 2014 (2014-04-19), ~04:30 UTC |
Parameter orbit | |
Sistem rujukan | Selenosentrik[4] |
Periselene | 25–50 km (16–31 bt)[5] |
Aposelene | 60–80 km (37–50 bt)[5] |
Kecenderungan | 157 darjah[5] |
Tempoh | 111.5 hingga 116.5 minit[2] |
Epoch | Dirancang (fasa sains) |
Pengorbit Bulan | |
Sisipan orbit | 6 Oktober 2013, 10:57 UTC |