Loceng
From Wikipedia, the free encyclopedia
Loceng (disebut [lo.céng],[1] Jawi: لوچيڠcode: ms is deprecated Mal., Sin. dan Bru.; juga dalam baku Indonesia: lonceng[2]) atau genta (Jawi: ݢنتاcode: ms is deprecated ; [gĕn.ta]) ialah sejenis alat perkusi ringkas diperbuat daripada logam ditempa, kaca atau seramik yang dilengkapi suatu bandul pemukul dalam rongganya untuk membunyikannya. Ia pernah lazim sebagai suatu alat pemberitahuan atau panggilan untuk rakyat jelata agar berkumpul mendengarkan sebarang khabar berita pengumuman atau maklumat yang dikeluarkan oleh penguasa, ia turut dipakai untuk tujuan keupacaraan baik dalam ibadah keagamaan anutan agama tertentu mahupun dalam acara rasmi.
Alat lonceng pula dapat dibezakan lanjut kepada dua jenis mengikut saiz bersesuaian tujuan tertentu dengan istilah tersendiri:
- lo[n]ceng - lebih digunakan untuk alat bersaiz kecil dipasangkan pada peralatan yang boleh dibawa pada basikal, rumah, kenderaan seperti kapal dan sebagainya.
- genta (pinjaman Sanskrit: घण्टाcode: sa is deprecated ghaṇṭā[3]) lebih digunakan untuk alat yang bersaiz besar dan digantung di tempat tinggi agar dapat didengari dari jauh misalnya menara jam atau menara gereja.[4]