Limfoma bukan Hodgkin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Limfoma bukan Hodgkin (Non-Hodgkin lymphomas, NHL) adalah pelbagai kumpulan barah darah ("kemaglinanan hematologi") yang membabitkan sebarang jenis limfoma kecuali limfoma Hodgkin.[1] Jenis NHL banyak berbeza dari segi tahap, dari pendam indolen kepada amat agresif.
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Limfoma bukan Hodgkin | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | C82-C85 |
ICD-9 | 200, 202 |
ICD-O: | 9591/3 |
OMIM | 605027 |
P. Data Penyakit | 9065 |
MedlinePlus | 000581 |
eMedicine | med/1363 ped/1343 |
MeSH | D008228 |
Penafian perubatan |
Limfoma merupakan sejenis barah yang terhasil dari limfosit, sejenis sel darah putih. Limfoma biasanya dirawat dengan gabungan kemoterapi, antibodi monoklon, imunoterapi, terapi sinaran, dan pemindahan sel tunjang hematopoietik.
Limfoma bukan Hodgkin dikelaskan menurut Pengungkapan Kerja 1982 yang mengakui 16 jenis. Pengungkapan Kerjakini dianggap lapuk, dan pengelasan biasanya digunakan bagi perbandingan statistik dengan dekat terdahulu. Pengungkapan Kerja telah diganti dua kali.
Pengelasan limfoma terkini, pengelasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2008, kebanyakannya meninggalkan pengelasan "Hodgkin" lawan "Bukan-Hodgkin". Sebaliknya ia menyenaraikan lebih 80 bentuk limfoma berlainan dalam empat kumpulan besar.[2]