Lembu taurina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lembu taurina (Bos taurus taurus) atau lembu Eropah merupakan subspesies lembu bela jinak yang berasal dari Timur Dekat. Kedua-dua lembu taurina dan indisin (zebu) adalah keturunan aurochs. Lembu taurina asalnya dikira spesies berasingan, tetapi kini digolongkan bersama zebu dan aurochs ke dalam satu spesies iaitu Bos taurus.[1][2][3] Kebanyakan baka lembu moden adalah taurina.
Lembu taurina | |
---|---|
Seekor lembu Galician Blond betina di Sepanyol | |
Dibelajinakkan | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Bovidae |
Genus: | Bos |
Spesies: | |
Subspesies: | B. t. taurus |
Nama trinomial | |
Bos taurus taurus | |
Sinonim | |
Bos taurus, Bos taurus taurus |
Kajian genetik menunjukkan bahawa seluruh stok lembu taurina mungkin timbul dari sekurang-kurangnya 80 ekor aurochs yang dijinakkan di kawasan hulu Mesopotamia sekitar 10,500 tahun dahulu berdekatan desa-desa Çayönü di tenggara Turki dan Dja'de el Mughara di Iraq utara.[4]
Jujukan genom lembu taurina baka Hereford diterbitkan oleh Bovine Genome Sequencing and Analysis Consortium pada 2009.[5]