Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey (bahasa Inggeris: Port Authority of New York and New Jerseycode: en is deprecated , PANYNJ) ialah sebuah daerah pelabuhan yang ditubuhkan pada tahun 1921 (sebagai Port of New York Authority) menerusi perjanjian antara negeri. PANYNJ mengendalikan kebanyakan prasarana [[pengangkutan] serantau, termasuk jambatan, terowong, lapangan terbang, dan pelabuhan di dalam Pelabuhan New York dan New Jersey. Daerah yang seluas 1,500 batu persegi (3,900 km²) ini terletak tak lebih 25 batu (40 km) dari Patung Liberty di Pelabuhan New York.[1] Ibu pejabat lembaga ini terletak di 225 Park Avenue South di Manhattan.[2]
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Daerah pelabuhan |
Tapak web | Port Authority of New York and New Jersey - Official Website |
Sejarah | |
Dibentuk | 1921 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Corporate Headquarters The Port Authority of NY & NJ |
Lokasi | |
Koordinat | 40°42′37.472″N 74°0′42.959″W |
Kawasan perkhidmatan | New York dan New Jersey |
sunting · sunting di Wikidata |
PANYNJ merupakan pengendali Terminal Marin Pelabuhan Newark-Elizabeth yang mengendalikan jumlah perkapalan yang ketiga terbanyak di kalangan semua pelabuhan di Amerika Syarikat dan yang terbesar di Hadap Laut Timur pada tahun 2004.[3] Agensi ini turut dilengkapi sebuah jabatan polis tersendiri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mencegah kegiatan jenayah di semua kemudahannya.[4]