Lee Jae-yong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lee Jae-yong (이재용code: ko is deprecated ; lahir 23 Jun 1968), juga dikenali di Barat sebagai Jay Y. Lee,[4] merupakan tokoh perniagaan Korea Selatan dan Naib Pengerusi Kumpulan Samsung, berkhidmat sebagai ketua de facto. Beliau merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki Hong Ra-hee dan Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung, dan dianggap secara meluas sebagai bakal pengganti bapanya.[5] Beliau dirujuk sebagai "Putera Mahkota Samsung" oleh media Korea Selatan, dan bertutur bahasa Korea, Inggeris dan Jepun.[6] Lee dianggarkan bernilai AS$7.9 bilion, menjadikan beliau sebagai orang terkaya ketiga di Korea Selatan.[7]
Lee Jae-yong | |
---|---|
Kelahiran | 이재용 (1968-06-23) 23 Jun 1968 (umur 55) |
Pusat pendidikan | Universiti Kebangsaan Seoul Universiti Keio Sekolah Perniagaan Harvard |
Pekerjaan | Naib Pengerusi Samsung |
Nilai bersih | US$6.7 bilion (Oktober 2018)[1] |
Pasangan | 임세령 (Lim Se-ryeong) (1997–2009; bercerai)[2] |
Anak-anak | Lee Ji-ho (이지호, 2000) Lee Won-ju (이원주, 2004)[3] |
Ibu bapa | Lee Kun-hee Hong Ra-hee |
Hangul | 이재용code: ko is deprecated |
Hanja | 李在鎔code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | I Jaeyong |
McCune–Reischauer | Yi Chaeyong |
Pada tahun 2014, Lee dinamakan orang paling berkuasa ke-35 dan orang Korea paling berkuasa oleh Forbes Magazine's List of The World's Most Powerful People bersama-sama bapanya.[8]