Laut Beaufort
laut / From Wikipedia, the free encyclopedia
Laut Beaufort (/ˈboʊfərt/; Perancis: Mer de Beaufort) ialah sebuah laut pinggir di Lautan Artik[4] yang terletak di utara Wilayah Barat Laut, Yukon, dan Alaska, dan sebelah barat pulau-pulau Artik Kanada. Laut ini dinamakan sempena Sir Francis Beaufort, seorang ahli hidrografi.[3] Sungai Mackenzie, sungai terpanjang di Kanada, mengalir ke bahagian Kanada Laut Beaufort di sebelah barat Tuktoyaktuk, salah satu daripada beberapa buah penempatan kekal di pesisir laut.
Beaufort Sea | |
---|---|
Koordinat | 72°N 137°W |
Jenis | Laut |
Negara lembangan | Kanada dan Amerika Syarikat |
Luas permukaan | 476,000 km2 (184,000 bt2) |
Kedalaman purata | 124 m (407 ka) |
Kedalaman maksimum | 4,683 m (15,364 ka) |
Isi padu air | 22,000 km3 (1.8×1010 ekar kaki) |
Beku | Hampir sepanjang tahun |
Rujukan | [1][2][3] |
Laut ini yang dicirikan dengan iklim yang dahsyat membeku hampir sepanjang tahun. Daripada segi sejarah, hanya suatu laluan sempit hingga 100 km (62 mi) terbuka pada bulan Ogos–September berhampiran pesisirnya, tetapi berikutan perubahan iklim di Kutub Utara, kawasan bebas ais pada akhir musim panas telah membesar. Sehingga baru-baru ini, Laut Beaufort terkenal sebagai takungan penting dalam penambahan semula ais Laut Artik.[5] Aisberg sering berputar selama beberapa tahun di Gir Beaufort, arus laut utama Laut Beaufort yang tumbuh menjadi ais yang kukuh lagi tebal selama bertahun-tahun.[6][7]