Larry David
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lawrence Gene David (lahir 2 Julai 1947)[1] ialah seorang pelawak, pelakon dan penulis skrip Amerika Syarikat.[2] Beliau pencipta dan penerbit (selama tujuh musim) bersama Jerry Seinfeld menghasilkan siri televisyen Seinfeld, beliau juga memainkan peranan utama dalam siri Curb Your Enthusiasm untuk HBO sebagai penulis skrip dan pelakon utama sejak tahun 1999.[3]
Fakta Segera Nama lahir, Kelahiran ...
Larry David | |
---|---|
Nama lahir | Lawrence Gene David |
Kelahiran | (1947-07-02) 2 Julai 1947 (umur 76) Brooklyn, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat |
Media | |
Pusat pendidikan | University of Maryland, College Park |
Tahun aktif | 1980–kini |
Genre |
|
Pasangan | Laurie David (k. 1993; c. 2007) |
Tutup
Penglibatan beliau dalam siri Seinfeld memnangi dua Anugerah Emmy Primetime tahun 1993 dalam kategori Siri Komedi Terbaik (Outstanding Comedy Series) dan Pencapaian Penulisan Siri Komedi Terbilang (Outstanding Individual Achievement in Writing in a Comedy Series). Beliau juga dicalonkan 27 kali untuk Anugerah Emmy Primetime dan tiga kali dalam Anugerah Golden Globe.