La Amistad
From Wikipedia, the free encyclopedia
La Amistad (Sepanyol: "Persahabatan") merupakan sebuah kapal skuner dibina di Amerika Syarikat tahun 1839, ia berukuran 120 kaki (37 m) milik Ramón Ferrer, seorang warganegara Sepanyol yang tinggal di Cuba.[1] Kapal ini menjadi tempat kejadian satu pemberontakan berlaku pada bulan Julai 1839 oleh tawanan hamba-hamba abdi Mende pimpinan Sengbe Pieh[2] ketika kapal tersebut dalam pelayaran yang membawa mereka daripada Havana ke Puerto Principe (kini Camagüey) di Cuba;[3] kapal ini dikepung luar pantai Long Island oleh USS Washington dikendalikan Perkhidmatan Kapal Pendapatan Amerika Syarikat.
Hamba-hamba abdi ini dibawa masuk perbicaraan Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada 1841 atas dakwaan pelanunan dan pembunuhan, tuntutan juga dibuat atas perselisihan atas hak milik kapal. Namun, kes perbicaraan ini dapat dibela disebabkan pengimportan hamba ke dalam Amerika Syarikat telah dilarang sejak tahun 1808[4] sehingga memenangkan kepada mereka lalu kebebasan mereka dijamin.