Kris Aquino
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kristina Bernadette Cojuangco Aquino (lahir 14 Februari 1971) ialah seorang pengacara, pelakon, penerbit, dan usahawan Filipina.[1]
Kris Aquino | |
---|---|
Kelahiran | Kristina Bernadette Cojuangco Aquino (1971-02-14) 14 Februari 1971 (umur 53) |
Warganegara | Filipina |
Pusat pendidikan | Universiti Ateneo de Manila |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1986–kini |
Ejen | VIVA Entertainment, GMA Network (1986–1996; 2017) ABS-CBN (1996–2016) Star Cinema (2018–sekarang) APT Entertainment (2016–2017) East West Artists (2017–sekarang) Cornerstone Entertainment (2018–kini) |
Pasangan | James Yap (2005–2012; dibatalkan) |
Anak-anak | Joshua Philip Aquino (dengan Phillip Salvador) James Aquino Yap (dengan James Yap) |
Ibu bapa | Benigno Aquino Jr. Corazon Cojuangco-Aquino |
Saudara | Benigno Aquino III (abang) |
Dikenali sebagai Queen of all Media Filipina, Aquino telah mengacarakan beberapa rancangan bual bicara dan pemakanan, berlakon dalam beberapa filem dan siri televisyen, dan kini mencipta nama di platform media sosial.
Beliau ialah anak bongsu senator Filipina yang dibunuh, Benigno Aquino, Jr. dan mendiang Corazon Aquino, yang berkhdmat sebagai Presiden Filipina ke-11. Abangnya, Benigno S. Aquino III berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-15 dari 2010 hingga 2016.
Penampilan filem sulungnya ialah Pido Dida: Sabay Tayo dan juga dikenali menerusi lakonannya dalam filem Feng Shui dan Sukob, yang merupakan filem terlaris Filipina pada 2006.[1]
Beliau juga terkenal sebagai penyokong produk selebriti dan dermawan yang menganjurkan kesedaran lupus, hak kanak-kanak, hak LGBT, budaya dan penghargaan seni, kebebasan bersuara, dan reformasi demokratik.