Kot merah (uniform tentera)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kot merah ("redcoat") atau tunik merah marak ialah baju tentera yang dipakai secara meluas, walaupun tidak dipakai secara eksklusif, oleh kebanyakan rejimen Tentera Darat British, Marin Diraja, dan beberapa unit kolonial dalam Empayar British, dari abad ke-17 hingga ke-20.[1] Tunik merah terus digunakan hingga abad ke-21, dengan beberapa angkatan tentera Negara-Negara Komanwel mengguna pakainya sebagai pakaian istiadat dan pakaian mess kitt mereka. Pakaian seragam itu dan istilah "redcoat" mungkin berasal dari abad ke-16 Tudor Ireland sebagai istilah penghinaan bagi British, kerana askar British dalam tentera Lord Lieutenant of Ireland memakai kot merah, kali pertama askar Inggeris dan Scotland dibawah pemerintahan Inggeris dan kemudian British secara bersama mempunyai pakaian seragam merah. Kemudian istilah itu dilaporkan dibawa ke Amerika dan Eropah oleh pendatang Ireland.[2][3][4]
Dari pertengahan abad ke-17 hingga ke-19, uniform kebanyakan askar British (selain dari artileri, raifal dan kavalri ringan) menggunakan kot merah madder atau kotee. Dari tahun 1873 dan seterusnya, warna merah marak yang lebih menyala telah diguna pakai untuk semua pangkat, yang sebelum ini hanya dipakai oleh pegawai, sarjan dan semua pangkat beberapa rejimen berkuda.[5]