Killswitch Engage
From Wikipedia, the free encyclopedia
Killswitch Engage adalah sebuah kugiran metalcore yang berasal dari Westfield, Massachusetts, Amerika Syarikat yang dibentukkan pada tahun 1999 selepas perpecahan kugiran Overcast dan Aftershock. Barisan Killswitch Engage kini terdiri daripada vokalis asal Jesse Leach, pemain bes Mike D'Antonio, pemain gitar Joel Stroetzel dan Adam Dutkiewicz, dan pemain dram Justin Foley. Mereka telah mengeluarkan 5 album studio dan satu DVD.
Killswitch Engage | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Westfield, Massachusetts, USA |
Genre | Metalcore |
Tahun aktif | 1999–kini |
Syarikat rakaman | Roadrunner, Ferret |
Pengkarya berkait | Aftershock, Overcast, All That Remains, Shadows Fall, The Empire Shall Fall, Blood Has Been Shed, Times of Grace, Death Ray Vision, Seemless |
Laman sesawang | www.killswitchengage.com/ |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Killswitch Engage mencapai kemasyhuran dengan album 2004 mereka iaitu The End of Heartache, yang memuncak pada nombor 21 dalam carta Billboard 200, dan telah disahkan emas oleh RIAA pada bulan Disember 2007 untuk lebih 500,000 penghantaran di Amerika Syarikat. Judul lagu "The End of Heartache", telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy pada tahun 2005 untuk Persembahan Metal Terbaik, dan DVD secara langsung bertajuk (Set This) World Ablaze telah dilancarkan pada tahun 2005. Killswitch Engage telah membuat persembahan di festival seperti Pesta Soundwave, Wacken Open Air, Pesta Reading dan Leeds, Ozzfest, Download Festival, Rock on the Range, Rock am Ring, Mayhem Festival, Monsters of Rock, Pointfest, Knotfest dan Heavy MTL. Mereka telah menjual lebih empat juta rekod di A.S. dan telah dianggap terkenal dalam Gelombang Baru Heavy Metal Amerika, dan juga telah dianggap sebagai salah satu kuasa peneraju terawal genre metalcore.[1]