Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan (bahasa Inggeris: Union of South American Nationscode: en is deprecated , Belanda: Unie van Zuid-Amerikaanse Natiescode: nl is deprecated , Portugis: União de Nações Sul-Americanascode: pt is deprecated , Sepanyol: Unión de Naciones Suramericanascode: es is deprecated , singkatan: UNASUR dan UNASUL) ialah sebuah kesatuan supranasional dan antara kerajaan yang bakal menggabungkan dua kesatuan perdagangan serantau Amerika sedia ada, iaitu Mercosur dan Komuniti Andes, sebagai sebahagian proses integrasi Amerika Selatan yang berterusan berteraskan Kesatuan Eropah.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | USAN |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan antara kerajaan, pertubuhan serantau |
Keanggotaan | |
Bahasa rasmi | |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 23 Mei 2008 |
Pengurusan | |
Subsidiari | Q5783966, South American Council of Health, Q5783975, Q5783973, South American Energy Council, Council of South American Defense, South American Council of Social Development, Q5784026, South American Council of Education, South American Council of Culture, South American Science, Technology and Innovation Council |
Lokasi | |
Negara anggota penuh
Negara pemerhati | |
Ibu pejabat | Quito |
sunting · sunting di Wikidata |
Perjanjian Konstitutif UNASUR ditandatangani pada 23 Mei 2008 pada Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Ketiga di Brasília, Brazil. [1] Menurut perjanjian berkenaan, ibu pejabat Kesatuan terletak di Quito, Ecuador. Parlimen Amerika Selatan pula terletak di Cochabamba, Bolivia, sementara banknya, iaitu Bank Selatan (bahasa Inggeris: Bank of the Southcode: en is deprecated , Belanda: Bank van het Zuidencode: nl is deprecated , Portugis: Banco do Sulcode: pt is deprecated , Sepanyol: Banco del Surcode: es is deprecated ), terletak di Bogota, Colombia.[2] Nama asal Kesatuan ini, iaitu Komuniti Negara-negara Amerika Selatan (bahasa Inggeris: South American Community of Nationscode: en is deprecated , Belanda: Zuid-Amerikaanse Statengemeenschapcode: nl is deprecated , Portugis: Comunidade Sul-Americana de Naçõescode: pt is deprecated , Sepanyol: Comunidad de Naciones Sudamericanascode: es is deprecated ), atau singkatannya CSN, digugurkan pada Sidang Kemuncak Tenaga Amerika Selatan Pertama pada 16 April 2007.[3]