Kesan pandemik COVID-19 terhadap alam sekitar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Masalah pandemik COVID-19 mempengaruhi alam sekitar dan iklim. Pengurangan aktiviti moden manusia, seperti pergerakan kenderaan bermotor, menyebabkan tahap pencemaran udara dan air di pelbagai daerah mengalami penurunan.[2][3][4] Di China, kuarantin wilayah dan beberapa faktor lain telah mengakibatkan penurunan pelepasan karbon sebanyak 25 peratus dan pelepasan nitrogen oksida sebanyak 50 peratus. Ahli sains menganggarkan bahawa penurunan pelepasan tersebut telah menyelamatkan 77.000 kehidupan di Bumi dalam kurun waktu dua bulan.[5][6][7][8] Meskipun demikian, pandemik juga berpengaruh pada aktiviti haram seperti penebangan hutan hujan Amazon dan pemburuan liar di Afrika, menyukarkan usaha diplomasi dasar alam sekitar, dan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang boleh menjejaskan perkembangan tenga mesra alam.[9][10][11][12][13][14]