Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 adalah satu siri kejohanan yang dianjurkan oleh enam konfederasi FIFA. Piala Dunia FIFA 2014 akan menampilkan 32 buah pasukan. Satu tempat telah diperuntukkan kepada tuan rumah, Brazil dan tiada kemasukan secara automatik buat juara bertahan, Sepanyol. Baki 31 tempat akan ditentukan melalui proses kelayakan di mana peserta dari kalangan 207 pasukan yang lain dari enam persekutuan FIFA akan bersaing. Kelayakan akan ditentukan di antara persekutuan, dengan jumlah perlawanan semula yang terhad pada akhir proses kelayakan.
Perincian kejohanan | |
---|---|
Tarikh | 15 Jun 2011 – 19 November 2013 |
Pasukan | 203 (dari 6 konfederasi) |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 820 |
Jaringan gol | 2303 (2.81 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Deon McCaulay Robin van Persie Luis Suárez (11 gol) |
← 2010 2018 → |
Pasukan Brunei, Bhutan, Guam dan Mauritania tidak menyertai pusingan kelayakan ini.[1] Sudan Selatan telah menyertai FIFA selepas proses kelayakan bermula di mana mereka tidak boleh mengambil bahagian. Perlawanan pertama kelayakan telah bermula di antara pasukan Montserrat dan Belize yang dimainkan pada 15 Jun 2011 dan penyerang Belize iaitu Deon McCaulay telah menjaringkan gol yang pertama. Pada 13 Mei 2024, sebanyak 118 buah pasukan kekal dalam persaingan untuk merebut 31 tempat dalam pusingan kelayakan. Jadual asal yang dikeluarkan mengandungi 824 perlawanan kelayakan,[2] tetapi dengan keputusan seri di antara pasukan Bahamas dan Mauritius telah menjadikan hanya 816 perlawanan diperlukan.[3][4]