Kekhanan Chagatai
From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Division of the Mongol Empire Templat:History of Xinjiang Templat:History of Turkmenistan
Kekhanan Chagatai | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||
Panji seperti gambaran dalam Catalan Atlas pada 1375 | |||||||||||||||
Status |
| ||||||||||||||
Ibu negara | Almaliq, Qarshi | ||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Mongol Tengah,[1] Chagatai[2][3] | ||||||||||||||
Agama | |||||||||||||||
Kerajaan | separa-monarki dipilih, kemudian monarki warisan | ||||||||||||||
Khan | |||||||||||||||
• 1225–1242 | Chagatai Khan | ||||||||||||||
Badan perundangan | Kurultai | ||||||||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan Akhir | ||||||||||||||
1225 | |||||||||||||||
• Kematian Chagatai | 1242 | ||||||||||||||
1340an | |||||||||||||||
• Berakhirnya empayar barat | 1370 | ||||||||||||||
• Berakhirnya empayar timur | 1680an | ||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||
anggr. 1310 atau 1350[4][5] | 3,500,000 km2 (1,400,000 bt2) | ||||||||||||||
Mata wang | Syiling (dirham, Kebek, dan pūl) | ||||||||||||||
|
Kekhanan Chagatai, atau Chagatai Ulus[6] (Bahasa Mongolia: Цагаадайн улсcode: mn is deprecated ; Cina tradisional: 察合台汗國code: zh is deprecated ), adalah sebuah kekhanan Mongol dan kemudian diTurkifikasi[7][8] yang terdiri daripada tanah-tanah yang diperintah oleh Chagatai Khan,[9] anak lelaki kedua kepada Genghis Khan, dan para pewaris dan pengganti beliau. Pada zaman kemuncaknya pada kurun ke-13, kekhanan ini merangkumi wilayah daripada Amu Darya di selatan Laut Aral sehingga ke Pergunungan Altai di sempadan negara Mongolia dan China moden, secara kasarnya menyamai empayar empayar Qara Khitai yang telah runtuh.[10]
Asalnya, para pemerintah kekhanan Chagatai mengakui kekuasaan Khan Agung,[11] tetapi menjelanh pemerintahan Kublai Khan, Ghiyas-ud-din Baraq tidak lagi menuruti perintah maharaja. Semasa pertengahan kurun ke-14, Chagatai hilang Transoxania kepada Timurid. Alam yang mengecil ini dikenali sebagai Moghulistan, yang mana berlangsung hingga akhir kurun ke-15, apabila ia berpecah kepada kekhanan Yarkent dan kekhanan Turpan. Pada 1680, alam Chagatai yang masih tinggal hilang kemerdekaannya kepada kekhanan Dzungar, dan pada tahun 1705, khan Chagatai terakhir dilucutkan kuasa, oleh itu menamatkan dinasti Chagatai.