Jens Stoltenberg
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jens Stoltenberg (dilahirkan pada 16 Mac 1959) ialah seorang ahli politik Norway yang pernah menjadi Perdana Menteri Norway sebanyak dua kali, dari 2000 hingga 2001 dan kemudian antara 2005 dan 2013. Pada 28 Mac 2014, Stoltenberg dilantik sebagai Setiausaha Agung NATO dan pengerusi Majlis Atlantik Utara, menggantikan Anders Fogh Rasmussen.
Jens Stoltenberg | |
---|---|
Bakal Setiausaha Agung NATO | |
Memegang jawatan 1 Oktober 2014 | |
Menggantikan | Anders Fogh Rasmussen |
Perdana Menteri Norway | |
Dalam jawatan 17 Oktober 2005 – 16 Oktober 2013 | |
Raja | Harald V |
Didahului oleh | Kjell Magne Bondevik |
Digantikan oleh | Erna Solberg |
Dalam jawatan 3 Mac 2000 – 19 Oktober 2001 | |
Raja | Harald V |
Didahului oleh | Kjell Magne Bondevik |
Digantikan oleh | Kjell Magne Bondevik |
Ketua Parti Buruh | |
Memegang jawatan 6 April 2002 | |
Didahului oleh | Thorbjørn Jagland |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 25 Oktober 1996 – 17 Oktober 1997 | |
Perdana Menteri | Thorbjørn Jagland |
Didahului oleh | Sigbjørn Johnsen |
Digantikan oleh | Gudmund Restad |
Menteri Industri dan Tenaga | |
Dalam jawatan 7 Oktober 1993 – 24 Oktober 1996 | |
Perdana Menteri | Gro Harlem Brundtland |
Didahului oleh | Finn Kristensen |
Digantikan oleh | Grete Faremo |
Ketua Liga Belia Pekerja | |
Dalam jawatan 1985–1989 | |
Didahului oleh | Egil Knudsen |
Digantikan oleh | Turid Birkeland |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1959-03-16) 16 Mac 1959 (umur 65) Oslo, Norway |
Parti politik | Parti Buruh |
Pasangan | Ingrid Schulerud |
Anak-anak | Axel Anne Catharina |
Alma mater | Universiti Oslo |
Profesion | Ahli ekonomi |
Tandatangan |
Anggota Parti Buruh Norway, Stoltenberg mula dipilih ke Parlimen Norway pada 1993 bagi kawasan bandar raya Oslo. Stoltenberg berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di Kementerian Alam Sekitar dari 1990-1991. Kemudian dilantik sebagai Menteri Perindustrian (1993-1996) dalam Kabinet Brundtland III. Ekoran peletakan jawatan Brundtland pada 1996, Thorbjørn Jagland dipilih menjadi ketua Parti Buruh dan menjadi Perdana Menteri Norway. Manakala Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan (17 Oktober 1997) sehingga Jagland dan seluruh kerajaan meletak jawatan.
Sebagai pembangkang dalam parlimen, Stoltenberg bertugas memantau hal ehwal tenaga. Ekoran usul tidak percaya terhadap Kabinet Bondevik, Stoltenberg sebagai ketua parlimen pembangkang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Norway pada 3 Mac 2000.
Keputusan buruk dalam pilihan raya Parlimen Norway 2001 dan jatuhnya kerajaan beliau pada 19 Oktober 2001, Stoltenberg berjaya mencabar Thorbjørn Jagland untuk kepimpinan parti pada tahun 2002. Beliau memimpin Parti Buruh Norway dan menang dalam Pilihan raya Norway 2005. Beliau membentuk kerajaan campuran dengan Parti Centre (Sp) dan Parti Sosialis Kiri (SV). Beliau dipilih semula pada tahun 2009 untuk satu penggal lagi sebagai Perdana Menteri Norway. Selepas tewas bagi penggal ketiga, beliau meletak jawatan pada 14 Oktober 2013.[1]
Pada 28 Mac 2014, Stoltenberg dilantik oleh Majlis Atlantik Utara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara sebagai Setiausaha Agung NATO dan pengerusi Majlis Atlantik Utara, menggantikan Anders Fogh Rasmussen. Beliau dijadualkan mula berkhidmat pada 1 Oktober 2014.[2]