Jennifer Lawrence
Pelakon wanita Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jennifer Shrader Lawrence (lahir 15 Ogos 1990) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Lawrence memulakan kerjaya lakonan beliau dalam siri televisyen. Beliau melakonkan watak utama pertamanya dalam sitkom TBS, The Bill Engvall Show (2007–09). Selepas beralih ke filem, beliau memberikan persembahan lakonan terbaiknya dalam Winter's Bone (2010) dan menerima pencalonan Anugerah Akademi buat kali pertama. Beliau melakonkan watak Mystique dalam filem kelima X-Men, X-Men: First Class (2011) dan menyambung watak beliau dalam beberapa filem X-Men seterusnya.
Rencana ini perlu dikemas kini. (Julai 2023) |
Jennifer Lawrence | |
---|---|
Kelahiran | Jennifer Shrader Lawrence (1990-08-15) 15 Ogos 1990 (umur 33) Indian Hills, Kentucky, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2006–sekarang |
Lawrence mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas melakonkan watak Katniss Everdeen dalam siri filem Hunger Games (2012–15).[1] Sebagai seorang pelakon drama, beliau telah bekerjasama dengan pengarah, David O. Russell dalam beberapa filem. Peranan utama beliau dalam filem romantik komedi arahan Russell, Silver Linings Playbook (2012) membolehkan beliau memenangi Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oskar kedua termuda dalam sejarah. Lawrence meraih dua lagi kemenangan Anugerah Golden Globe dan pencalonan Anugerah Akademi untuk lakonan beliau dalam filem komedi-drama arahan Russell, American Hustle (2013) dan Joy (2015).