Istana ʻIolani
From Wikipedia, the free encyclopedia
Istana ʻIolani (Hawaii: Hale Aliʻi ʻIolanicode: haw is deprecated , bahasa Inggeris: ʻIolani Palacecode: en is deprecated ) adalah sebuah bangunan jenis istana yang didirikan dalam kota Honolulu, pulau negeri Hawaiʻi di Lautan Pasifik. Ia merupakan tempat persemayaman raja-ratu yang pernah memerintah Kerajaan Hawaii dari Raja Kamehameha III dari Wangsa Kamehameha tahun 1845 sampailah ke Ratu Liliʻuokalani (1893) dari Wangsa Kalākaua.
Istana ʻIolani Hale Aliʻi ʻIolani / ʻIolani Palace | |
Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan A.S. | |
Lokasi | Honolulu, Hawaii |
---|---|
Koordinat | 21°18′24″N 157°51′32″W |
Luas | 10.6 ekar (4.3 he) |
Dibina pada | 1879 |
Arkitek | Thomas J. Baker, Charles J. Wall, Isaac Moore |
Gaya seni bina | American Florentine |
Sebahagian daripada | Hawaii Capital Historic District (ID78001020) |
No. rujukan NRHP | 66000293 |
Tarikh penting | |
Ditambahkan ke NRHP | 15 Oktober 1966 |
Penetapan NHL | 29 Disember 1962 |
Setelah Kerajaan Hawaii digulingkan pada tahun 1893, bangunan itu digunakan sebagai bangunan pemerintahan Republik, Wilayah (dalam Amerika Syarikat) dan kemudiannya pemerintah negeri Hawaiʻi hingga 1969. Istana ini dipulihkan dan dibuka untuk umum sebagai muzium pada tahun 1978 sebagai suatu Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan empat tahun sebelumnya.[1]