Istana Keamanan
bangunan pentadbiran dan ibu pejabat Mahkamah Keadilan Antarabangsa / From Wikipedia, the free encyclopedia
Istana Keamanan (Jawi: ايستان کأماننcode: ms is deprecated ; Belanda: Vredespaleiscode: nl is deprecated , Sebutan Belanda: [ˈvreːdəspaːˌlɛis]; dialek Haag: Freidespalès [ˈfʁeidəspaːˌlɛːs]) ialah bangunan pentadbiran undang-undang antarabangsa di Den Haag, Belanda.[1] Ia menempatkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA), Akademi Undang-undang Antarabangsa Den Haag dan Perpustakaan Istana Keamanan.
Istana Keamanan | |
---|---|
Belanda: Vredespaleiscode: nl is deprecated | |
Maklumat umum | |
Gaya seni bina | Neo-Renaissance |
Bandar/pekan | Den Haag |
Negara | Belanda |
Koordinat | 52.0866°N 4.2955°E / 52.0866; 4.2955 |
Penyewa terkini | Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Mahkamah Tetap Timbang Tara |
Pecah tanah | 1907 |
Dibuka pada | 28 Ogos 1913 |
Pembiayaan | US$1.5 juta ($40,000,000, diselaraskan mengikut inflasi) |
Pemilik | Yayasan Carnegie (Belanda) |
Penggabungan | Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Louis M. Cordonnier |
Anugerah dan hadiah | Label Warisan Eropah |
Laman sesawang | |
https://www.vredespaleis.nl/ |
Istana Keamanan dibuka secara rasmi pada 28 Ogos 1913; ia pada asalnya dibina untuk menempatkan PCA, mahkamah yang diwujudkan oleh Konvensyen Hague 1899 untuk menamatkan perang.[1] Andrew Dickson White, yang berperanan penting dalam mewujudkan mahkamah itu,[2] memperoleh AS$1.5 juta ($ 50,000,000, diselaraskan untuk inflasi) daripada usahawan keluli Amerika Scots, Andrew Carnegie, untuk membina Istana Keamanan.[1] Label Warisan Eropah telah dianugerahkan kepada Istana Keamanan pada 8 April 2014.