Hospital
institusi penjagaan kesihatan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi filem Malaysia 2017 oleh Azaromi Ghozali, lihat Hospital (filem).
Hospital (Jawi: هوسڤيتلcode: ms is deprecated )[1] atau rumah sakit (Jawi: رومه ساكيت)[2] ialah tempat pesakit menerima rawatan memulihkan kesihatan diri daripada doktor, pembantu perubatan, jururawat, bidan atau petugas sebidang yang lain. Tempat ini ini lebih besar daripada poliklinik, klinik mahupun klinik desa. Hospital-hospital ini menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada orang umum tanpa mengira penyakit atau darjat. Pesakit hanya diasingkan mengikut jantina - jururawat wanita merawat pesakit wanita, jururawat lelaki merawat pesakit lelaki.