Hidrokortison
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hidrokortison adalah nama bagi hormon kortisol apabila dibekalkan sebagai ubat.[13] Kegunaan termasuk keadaan seperti kekurangan adrenokorteks, sindrom adrenogenital, kalsium darah tinggi, tiroiditis, arthritis rheumatoid, dermatitis, asma dan COPD.[1] Ia adalah rawatan pilihan bagi kekurangan adrenokorterks.[14] Ia boleh diberikan melalui mulut, topikal, atau suntikan.[1] Penghentian rawatan selepas penggunaan jangka panjang harus dilakukan dengan perlahan.[1]
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | A-hydrocort, Cortef, Solu-cortef, lain-lain[1] |
Nama lain | Kortisol; 11β,17α,21-trihidroksipregn-4-ena-3,20-dion; 11β,17α,21-trihidroksiprogesteron |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
MedlinePlus | a682206 |
Data lesen | |
Kategori kehamilan |
|
Kaedah pemberian | Mulut (tablet), intravena, topikal, rektum |
Kelas ubat | Kortikosteroid; glukokortikoid; mineralokortikoid |
Kod ATC | |
Status perundangan | |
Status perundangan | |
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | Mulut: 96 ± 20%[11][12] |
Pengikatan protein | 92 ± 2% (92–93%)[11][12] |
Metabolisme | 11β-HSD, lain-lain[12] |
Metabolit | Kortison, lain-lain[12] |
Penyingkiran separuh hayat | 1.2–2.0 jam[11][12] |
Pengecam | |
| |
Nombor CAS |
|
PubChem CID | |
DrugBank |
|
ChemSpider |
|
UNII | |
KEGG | |
ChEBI | |
ChEMBL | |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C21H30O5 |
Jisim molar | 362.47 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
| |
| |
NY (what is this?) (verify) |
Kesan sampingan mungkin termasuk perubahan emosi, peningkatan risiko jangkitan dan edema (bengkak).[1] Dengan penggunaan jangka panjang, kesan sampingan biasa termasuk osteoporosis, sakit perut, kelemahan fizikal, mudah lebam, dan kandidiasis (jangkitan yis).[1] Tidak jelas sama ada ia selamat untuk digunakan semasa mengandung.[15] Hidrokortison ialah glukokortikoid, dan berfungsi sebagai antiradang dan dengan penindasan imun.[1]
Hidrokortison telah dipatenkan pada 1936, dan diluluskan bagi kegunaan perubatan pada 1941.[16] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[17] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[1] Pada tahun 2020, ia adalah ubat ke-149 yang paling kerap dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 3 juta preskripsi.[18][19]