Heinz
From Wikipedia, the free encyclopedia
H. J. Heinz Company ialah syarikat pemprosesan makanan Amerika Syarikat yang beribupejabat di One PPG Place in Pittsburgh, Pennsylvania.[1] Syarikat ini diasaskan oleh Henry J. Heinz pada 1869. Heinz mengeluarkan ribuan produk makanan dalam kilang di enam benua, dan memasarkan produk-produk ini di lebih 200 negara dan wilayah. Syarikat ini dikatakan mempunyai 150 jenama nombor satu atau nombor di serata dunia.[2] Heinz merupakan pengeluar sos tomato di AS dengan saham pasaran melebihi 50%;[3][4] Label Ore-Ida memegang 46% sektor kentang beku pada 2003.[5]
Jenis/bentuk sah | Pembahagian |
---|---|
Industri | Pemprosesan makanan |
Ditubuhkan | Januari 1869; 155 tahun yang lalu (1869-01) (sebagai Heinz Noble & Company) Sharpsburg, Pennsylvania, A.S. |
Pengasas | Henry J. Heinz |
Ibu pejabat | Pittsburgh, Pennsylvania |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Keluaran | Sos, kondimen |
Pemilik | Berkshire Hathaway, 3G Capital |
Syarikat induk | Kraft Heinz |
Anak syarikat | Lea & Perrins |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejak 1896, syarikat ini menggunakan slogan "57 Varieties"; yang diilhamkan oleh papan tanda iklan 21 gaya kasut, dan Henry Heinz memilih nombor 57 biarpun syarikat itu mengeluarkan lebih daripada 60 produk pada masa itu. Pada Februari 2013, Heinz bersetuju untuk dibeli oleh Berkshire Hathaway dan firma pelaburan Brazil 3G Capital pada harga $23 bilion.[6] Pada 25 Mac 2015, Kraft mengumumkan penggabungan dengan Heinz, diuruskan oleh Berkshire Hathaway dan 3G Capital.[7][8] Kraft Heinz Company ialah syarikat makanan kelima terbesar di dunia.[9] Berkshire Hathaway menjadi pemilik majoriti Heinz pada 18 Jun 2015. Selepas mengeluarkan waran untuk memperoleh saham 46 juta bagi saham biasa untuk harga keseluruhan sebanyak $461 juta, Berkshire menaikkan sahamnya kepada 52.5%.[10]