Halusinasi
pencerapan sesuatu yang tidak wujud yang kelihatan nyata / From Wikipedia, the free encyclopedia
Rayan (Jawi: راينcode: ms is deprecated ) atau istilah kedoktorannya halusinasi (Jawi: هالوسيناسيcode: ms is deprecated , pinjaman Belanda: hallucinatiecode: nl is deprecated )[1] ialah pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah.[2] Pesakit yang alaminya rasa apa yang mereka rasakan itu maujud dan nyata. Rayan berbeza dengan beberapa fenomena lain yang hampir sama, contohnya mimpi, di mana individu itu tidak berada dalam keadaan sedar; pseudorayan, yang tidak kelihatan nyata dan mudah dibezakan dengan kenyataan; ilusi, di mana persepsi salah mengherotkan maklumat yang dilaporkan; dan bayangan mental, yang hanyalah gambaran nyata dan dapat dikawal.[3] Rayan juga berbeza dengan "persepsi delusi", di mana stimulus yang nyata (yakni, persepsi sebenar) dicampur dengan sifat tambahan (dan biasanya tidak munasabah).
Rayan Halusinasi | |
---|---|
Penafian perubatan | |
Meine Augen zur Zeit der Erscheinungen ["Mataku kala jelmaan muncul"], salah sebuah lukisan karya August Natterer yang menggambarkan banyak kejadian rayannya. | |
Pengkhususan | Psikiatri |
sunting |
Rayan boleh berlaku dalam mana-mana cerap deria—penglihatan, pendengaran, penghiduan, pemerasaan, sentuhan, propriosepsi, seimbangan, sakit, haba dan masa.