Gunung Cheaha
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Cheaha /ˈtʃiːhɔː/, adalah puncak semulajadi tertinggi di negeri Alabama, Amerika Syarikat.. Ia terletak beberapa kilometer barat laut bandar Delta di Taman Negara Cheaha, yang menawarkan rumah tumpangan, restaurant, dan kemudahan lain.
Gunung Cheaha | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,413 ka (735 m) [1] |
Tonjolan | 1,445 ka (440 m) [2] |
Geografi | |
Induk banjaran | Pergunungan Talladega |
Peta topo | USGS Gunung Cheaha |
Geologi | |
Usia batuan | Devonian |
Jenis gunung | Batu quartzite |
Pendakian | |
Laluan paling mudah | Jalan |
Titik tertinggi ditanda dengan mercu tanda USGS dihadapan Menara Bunker, bangunan batu Kor Pemuliharaan Tamadun ("Civilian Conservation Corps" dengan dek pemerhati di atas. CCC turut membina jalan ke Cheaha, tetapi jalan tersebut telah ditutup selama beberapa tahun. Jalan lama dikenali sebagai Jalan CC dan mengandungi pepuing yang menarik. Berhampiran puncak adalah Batu Botak ("Bald Rock", yang baru ini dipertingkatkan dengan laluan kayu capaian kerusi roda yang memberikan pemandangan kawasan sekeliling yang menakjubkan. Keseluruhan kawasan memberikan gambaran ketinggian yang lebih tinggi berbanding yang sebenarnya, sebahagiannya disebabkan perbandingan kedudukan agak rendah kawasan ke sebelah barat.