Groupe PSA
From Wikipedia, the free encyclopedia
Groupe PSA (dikenali secara sah sebagai Peugeot S.A.; dikenali sebagai PSA Group; dahulu dikenali sebagai PSA Peugeot Citroën dari 1991 hingga 2016) merupakan syarikat pengilang multinasional Perancis bagi automobil dan motosikal dijual di bawah jenama Peugeot, Citroën, DS, Opel dan Vauxhall.[7][8] Peugeot merupakan jenama PSA terbesar serata dunia, sementara Opel dan Vauxhall ialah jenama PSA terbesar di Eropah. PSA disenaraikan di bursa saham Euronext Paris dan sekali lagi menjadi penyusun indeks CAC 40 (2015)[9] selepas disingkirkan pada 2012.[10][11]
Nama dagang | Groupe PSA |
---|---|
Nama dahulu | PSA Peugeot Citroën |
Jenis/bentuk sah | Société Anonyme |
Didagangkan sebagai | |
Industri | Automotif |
Pendahulu | Citroën Peugeot Chrysler Europe |
Ditubuhkan | Paris, Perancis April 1976; 48 tahun yang lalu (1976-04) |
Pengasas | Peugeot |
Dibubarkan | 16 Januari 2021 |
Ibu pejabat | Paris, Perancis |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat, dan Kanada. Telah memasuki AS dengan operasi perkongsian perjalanan dan akan mula menjual kereta di Amerika Utara pada tahun 2020. |
Tokoh penting | Carlos Tavares (CEO dan Pengerusi lembaga pengurusa ) Thierry Peugeot (Pengerusi lembaga penyeliaan) |
Keluaran | Automobil (73.8%) Bahagian automotif (21%) Kewangan (2.8%) Logistik (2.2%) Motosikal (0.2%)[1] |
Hasil pengeluaran | ▲ 3,63 juta (2017)[2] |
Jenama | |
Hasil | ▲ €65.210 bilion (2017)[3] |
Pendapatan kendalian | ▲ €3.087 bilion (2017)[3] |
Pendapatan bersih | ▲ €2.358 bilion (2017)[3] |
Modal | 17,850,000,000 euro (2018) |
Jumlah aset | ▲ €57.505 bilion (2017)[3] |
Jumlah ekuiti | ▲ €16.720 bilion (2017)[3] |
Pemilik |
|
Bilangan kakitangan | 184,107 (Jumlah 2015)[5] |
Pembahagian | Cycles Peugeot |
Anak syarikat | Senarai
|
Tapak web | groupe-psa |
sunting · sunting di Wikidata |
Bermula pada tahun 2016, PSA mula menggariskan strategi yang melibatkan perkembangan pesat syarikat itu, melalui pengembangan geografi dan pengambilalihan syarikat kereta lain. PSA telah mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran India, Amerika, Kanada, ASEAN, dan lain-lain pada tahun-tahun akan datang.
Beribu pejabat di Rueil-Malmaison, PSA, dengan jualan sebanyak 3.146 juta unit, pada tahun 2016 merupakan pembuat kereta ketiga terbesar di Eropah. Selepas selesai pemerolehan yang disahkan oleh jenama Opel dan Vauxhall dari General Motors, PSA disenaraikan sebagai pembuat kereta kedua terbesar di Eropah.