Gloria Gaynor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gloria Gaynor (lahir 7 September 1943) ialah seorang penyanyi Amerika Syarikat, terkenal dengan hits era disko "I Will Survive" (1978), "Never Can Say Goodbye" (1974), "Let Me Know (I Have a Right)" (1979), dan "I Am What I Am "(1983).
Gloria Gaynor | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Gloria Fowles |
Kelahiran | (1943-09-07) 7 September 1943 (umur 80) Newark, New Jersey, A.S. |
Genre | |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1965–kini |
Syarikat rakaman | Jocida (1965) MGM (1965–76) Polydor (1976–83) Chrysalis (1984–85) Stylus (1986–88) Hot Productions (1996–97) Logic (2000–04) Radikal (2005–kini) |
Pengkarya berkait | Soul Satisfiers, Marvin Gaye, Luther Vandross |
Laman sesawang | gloriagaynor |
Gaynor dilahirkan sebagai Gloria Fowles di Newark, New Jersey,[1] kepada pasangan Daniel Fowles dan Queenie Mae Proctor. Neneknya tinggal bersama dan terlibat dalam pengasuhannya.[2] "Selalu ada muzik di rumah kami", tulis Gaynor dalam autobiografinya, I Will Survive. Beliau sering mendengar radio, dan rakaman oleh Nat King Cole dan Sarah Vaughan. Bapanya memainkan ukulele dan gitar dan mennyanyi secara profesional di kelab malam bersama kumpulan bernama Step 'n' Fetchit. Gloria membesar sebagai tomboi; beliau memiliki lima saudara laki-laki dan seorang saudara perempuan. Adik-beradiknya menyanyikan Injil dan membentuk kuartet bersama seorang rakan.