Giuseppe Garibaldi
Negaawan dan jeneral Itali / From Wikipedia, the free encyclopedia
Giuseppe Garibaldi (4 Julai, 1807 – 2 Jun, 1882) merupakan seorang tokoh tentera dan politik Itali. Semasa berumur 20-an, beliau telah menyertai revolusi Itali Carbonari, dan terpaksa melarikan diri daripada Itali setelah pemberontakkan yang gagal. Garibaldi mengambil bahagian di dalam Perang Saudara Uruguay dengan mengetuai pasukan Legion Itali, dan selepas itu pulang semula ke Itali sebagai seorang komander di dalam konflik Risorgimento.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Giuseppe Garibaldi | |
---|---|
Kelahiran | (1807-07-04)4 Julai 1807 |
Meninggal dunia | Jun 2, 1882(1882-06-02) (umur 74) Caprera, Kerajaan Itali |
Warganegara | Sardinia (1814–1861) Itali (1861–1866) |
Pekerjaan | Tentera |
Terkenal kerana | Penyatuan Itali |
Tutup
Beliau telah diberi gelaran sebagai "Wira Dua Dunia" sebagai penghargaan pada ekspedisi ketenteraan beliau di Amerika Selatan dan Eropah.[1] Beliau juga dianggap sebagai wira negara Itali.