Giovanni Reyna
From Wikipedia, the free encyclopedia
Giovanni Alejandro Reyna (lahir 13 November 2002) ialah pemain bola sepak profesional Amerika yang bermain sebagai pemain tengah menyerang atau pemain sayap untuk kelab Liga Perdana, Nottingham Forest, secara pinjaman dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, dan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat. Dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik di dunia,[3][4][5] beliau terkenal dengan kebolehan bermain, kedudukan dan menggeleceknya.
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Giovanni Alejandro Reyna[1] | ||||||||||||||||||||||||
Tarikh lahir | (2002-11-13) 13 November 2002 (umur 21) | ||||||||||||||||||||||||
Tempat lahir | Sunderland, England | ||||||||||||||||||||||||
Ketinggian | 6 ft 1 in (1.85 m)[2] | ||||||||||||||||||||||||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang, sayap | ||||||||||||||||||||||||
Maklumat kelab | |||||||||||||||||||||||||
Kelab terkini |
Nottingham Forest (dipinjam dari Borussia Dortmund) | ||||||||||||||||||||||||
Nombor | 20 | ||||||||||||||||||||||||
Kerjaya remaja | |||||||||||||||||||||||||
2015–2019 | New York City FC | ||||||||||||||||||||||||
2019–2020 | Borussia Dortmund | ||||||||||||||||||||||||
Kerjaya Senior* | |||||||||||||||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | ||||||||||||||||||||||
2020– | Borussia Dortmund | 90 | (13) | ||||||||||||||||||||||
2024– | → Nottingham Forest (pinjaman) | 1 | (0) | ||||||||||||||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | |||||||||||||||||||||||||
2016–2017 | Amerika Syarikat B-15 | 11 | (7) | ||||||||||||||||||||||
2017–2018 | Amerika Syarikat B-16 | 5 | (0) | ||||||||||||||||||||||
2018–2019 | Amerika Syarikat B-17 | 18 | (8) | ||||||||||||||||||||||
2020– | Amerika Syarikat | 24 | (7) | ||||||||||||||||||||||
Pengalaman
| |||||||||||||||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 February 2024 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 November 2023 |
Reyna memulakan kerjaya mudanya dengan kelab kampung halamannya, New York City FC, dan mendapat kejayaan bersama kelab Bundesliga Borussia Dortmund. Semasa DFB-Pokal 2019–20 dia menjadi penjaring termuda dalam sejarah Piala Jerman pada usia 17 tahun, dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi DFK-Pokal 2020–21 berikut. Pada tahun 2020 dia menjadi pemain Bundesliga termuda yang mencipta hatrik umpanan kepada gol.[6] Dia berada dalam senarai pendek untuk Golden Boy 2021 dan Trofi Kopa 2021.[7]
Dilahirkan kepada pemain pasukan kebangsaan A.S., Claudio Reyna dan Danielle Reyna, dia telah mewakili Amerika Syarikat di beberapa peringkat remaja, menjaringkan 16 gol dalam 31 penampilan remaja. Reyna membuat penampilan sulung untuk pasukan senior pada November 2020 dan memenangi Liga Negara-Negara CONCACAF pada 2021 dan 2023. Secara individu, dia memenangi anugerah Pemain Muda Lelaki Terbaik Bola Sepak A.S. pada 2020.