Gereja Presbiterian
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gereja Presbiterian atau Presbyterianisme (terbitan kata Latin presbyter "orang yang tua; tua-tua"[1]) adalah salah satu mazhab dalam cabang Protestan agama Kristian yang berakar pada gerakan Reformasi pada abad ke-16 di Eropah Barat.[2] Dari segi doktrin dan ajaran, Gereja Presbiterian mengikuti ajaran-ajaran Jean Calvin, seorang paderi Perancis pada abad ke-16.[3]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Indonesia. (Jun 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Penganut aliran ini (Presbyteriancode: en is deprecated ) umumnya dapat ditemukan dalam negara-negara bekas jajahan Empayar British termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan India.[4][5] serta beberapa negara yang berbudaya kuat dipengaruhi oleh Amerika Syarikat seperti Korea Selatan dan Filipina.[4][5]