George Armstrong Custer
From Wikipedia, the free encyclopedia
George Armstrong Custer (5 Disember, 1839 – 25 Jun, 1876) adalah seorang pegawai Tentera Darat Amerika Syarikat dan komander kavalri semasa Perang Saudara Amerika dan Perang Indian Amerika. Beliau dibesarkan telah di Michigan dan Ohio. Custer menyertai West Point pada tahun 1857, di mana beliau adalah orang terakhir ditauliahkan dari kelas beliau pada tahun 1861. Apabila Perang Saudara meletus, Custer telah dipanggil untuk berkhidmat dengan Tentera Darat Kesatuan.
George Armstrong Custer | |
---|---|
Kelahiran | (1839-12-05)5 Disember 1839 New Rumley, Ohio |
Meninggal dunia | 25 Jun 1876(1876-06-25) (umur 36) Little Bighorn, Montana |
Tempat pengkebumian | awalnya di medan pertempuran; kemudian dipindahkan ke Perkuburan West Point |
Kesetiaan | Amerika Syarikat Kesatuan |
Perkhidmatan | Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Kesatuan |
Tahun perkhidmatan | 1861–1876 |
Pangkat | Leftenan Kolonel Mejar Jeneral Brevet |
Arahan | Briged Michigan Divisyen Kavalri ke-3 |
Pertempuran | Perang Saudara Amerika
Perang Indian Amerika
|
Pasangan | Elizabeth Bacon Custer |
Hubungan | Thomas Custer, saudara lelaki Boston Custer, saudara lelaki |
Tandatangan |
Custer mendapat reputasi semasa Perang Saudara. Beliau telah terlibat dalam pertempuran besar pertama yang dikenali dengan Pertempuran Bull Run Pertama pada 21 Julai, 1861, berdekatan dengan Washington, D.C.. Hubungan beliau dengan beberapa para pegawai penting banyak membantu karier beliau, sepertimana kejayaan beliau sebagai seorang komander kavalri yang cekap. Semasa perang, Custer telah dinaikkan pangkat ke Kapten dalam Tentera Darat A.S (Mei 1864), dan pangkat sementara Mejar Jeneral (brevet) di dalam tentera darat (Mac 1865) dan mejar jeneral dalam Sukarelawan A.S. (April 1865) pada umur 25. Pada akhir Kempen Appomattox, di mana beliau dan pasukan beliau memainkan peranan penting, Custer telah hadir semasa penyerahan diri Jeneral Robert E. Lee kepada Jeneral Ulysses S. Grant pada 9 April, 1865.
Selepas Perang Saudara, Custer kekal memegang pangkat sebagai mejar jeneral di dalam pasukan Sukarelawan A.S sehingga mereka dikerah semula pada Februari 1866. Beliau diundurkan ke pangkat kekal sebagai seorang kapten dan telah dilantik sebagai Leftenan Kolonel dalam Rejimen Kavalri ke-7 A.S pada bulan Julai 1866. Beliau menuju ke barat pada tahun 1867 untuk berjuang di dalam Perang Indian Amerika. Pada 25 Jun, 1876, semasa mengetuai pasukan beliau di dalam Pertempuran Little Bighorn di Montana menentang pasukan sekutu puak-puak asli Amerika, beliau dan kesemua anggota beliau termasuk dua adik beliau telah terbunuh. Pertempuran ini dikenali dalam sejarah Amerika sebagai "Custer's Last Stand". Custer dan rejimen beliau telah kalah teruk di Little Bighorn yang mana telah menenggelamkan kejaayaan beliau yang terdahulu.