Friedrich Alfred Krupp
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi pengasas syarikat, lihat Friedrich Krupp.
Friedrich Alfred Krupp (17 Februari 1854 – 22 November 1902) ialah seorang pengeluar baja dari syarikat Krupp. Beliau ialah anak Alfred Krupp dan mewarisi perniagaan keluarga setelah bapanya meninggal pada tahun 1887. Dalam mengendalikan perniagaan keluarga, bapanya fokus pada pengeluaran besi dan baja, namun Friedrich merombak fokus perniagaan Krupp ke pengeluaran senjata. Friedrich .engembangkan Krupp secara besar-besaran dan juga memperoleh Germaniawerft pada tahun 1896 untuk menghasilkan kapal perang. Beliau juga mengawasi pengembangan baja nikel, U-boot, mesin diesel, dsb. Beliau disyaki membunuh diri pada tahun 1902 setelah dituduh homoseks. Anaknya, Bertha mewarisi perniagaan keluarga Krupp.[1][2][3]