Fox Film
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fox Film Corporation ialah sebuah syarikat Amerika yang menerbitkan filem-filem, yang dibuat oleh William Fox pada 1 Februari 1915. Syarikat ini merupakan pengganti Greater New York Film Rental Company dan Box Office Attractions Film Company.[1][2][3][4][5]
Jenis/bentuk sah | Syarikat penerbitan filem, studio filem, syarikat penerbitan |
---|---|
Industri | Filem |
Pendahulu |
|
Ditubuhkan | 1 Februari 1915; 109 tahun yang lalu (1915-02-01) di Fort Lee, New Jersey |
Pengasas | William Fox |
Dibubarkan | 31 Disember 1935; 88 tahun yang lalu (1935-12-31) |
Nasib | Digabung dengan Twentieth Century Pictures |
Pengganti | 20th Century Fox |
Ibu pejabat | Hollywood , Amerika Syarikat |
Anak syarikat |
|
Tapak web | |
sunting · sunting di Wikidata |
Studio filem pertama syarikat itu ditubuhkan di Fort Lee, New Jersey namun pada 1917, William Fox menghantar Sol M. Wurtzel ke Hollywood, California untuk menubuhkan kemudahan penerbitan Pantai Barat Amerika Syarikat yang baru dari studio tersebut dimana keadaannya lebih baik untuk pembikinan filem. Pada 23 Julai 1926, syarikat itu memegang paten sistem suara Movietone untuk merakamkan suara pada filem.
Selepas Kejatuhan 1929, William Fox kehilangan kawalan ke atas syarikat itu pada 1930. Di bawah presiden baru Sidney Kent, para pemilik baru menggabung syarikat itu dengan Twentieth Century Pictures untuk membentuk 20th Century Fox pada 1935.