Fotokimia adalah bahagian ilmu kimia yang mengandungi interaksi antara atom, molekul kecil, dan cahaya (atau radiasi elektromagnetik). Secara amnya, perkataan ini digunakan untuk menerangkan reaksi kimia yang terjadi akibat penyerapan cahaya ultraviolet (panjang gelombang antara 100 ke 400 nm), penghantaran cahaya nampak (400-750 nm) atau radiasi infared (750-2500 nm)[1]. (Dalam disiplin ilmu lainnya, fotokimia menggunakan sistem satuan SI atau metrik. Unit yang sering digunakan adalah meter, saat , hertz, joule, mol, konstanta gas R, serta konstanta Boltzmann. Semua unit dan konstanta ini juga merupakan bahagian bidang kimia fisik[2].
Rencana ini tidak memberikan konteks yang mencukupi kepada yang tidak kenal dengan subjek ini. (Januari 2015)
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: perlu diwikikan mengikut gaya penulisan yang betul.. (Januari 2015)
Rencana ini mungkin memerlukan penyusunan semula untuk mematuhi Wikipedia garis panduan susun atur. (Januari 2015)
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (Januari 2015)
Secara semula jadi, fotokimia adalah sangat penting kerana ia merupakan asas bagi fotosintesis, penglihatan, dan pembentukan vitamin D dengan cahaya matahari. Reakksi ini juga bertanggungjawab terhadap kemunculan mutasi DNA yang menyebabkan kanser kulit.
Tindak balas fotokimia berlaku secara berbeza daripada tindak balas yang didorong oleh suhu. Laluan fotokimia mengakses perantaraan tenaga tinggi yang tidak boleh dijana secara termal, dengan itu mengatasi halangan pengaktifan yang besar dalam tempoh masa yang singkat. Ia seterusnya membawa kepada tindak balas yang sebaliknya yang tidak boleh diakses oleh proses termal. Fotokimia juga boleh merosakkan, seperti dalam proses fotodegradasi plastik.